Breaking

Thursday, March 26, 2015

Bihun Goreng Pedas


Hari minggu lepas... nak keluar tengahari... so, pagi2 tu aku buat bihun goreng. Sarap sekali ngan makan tengahari sekali. Malam nanti belilah makanan bungkus. Takkan sempat nak masak lagi dah... busy.... busy!

Jadilah... janji selesai kitaorang punya kerja. Nak cepat, ambik gambar pun tergesa-gesa. Layan je lah resepi huru-hara nih...!


Bahan2  :

1 paket bihun
12 ekor ikan bilis
2 pokok sawi
2 keping tauhu
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu makan pes asam jawa
1/4 cawan air
3 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :


Bihun direndam selama 15 minit dan ditoskan. Sawi di potong2 dan dibersihkan. Tauhu dipotong kecil. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Ikan bilis ditumbuk separuh lumat.

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk termasuk ikan bilis. Bila dah nampak kekuningan, masukkan cili giling. Tumiskan sampai agak2 garing. Masukkan  sos cili, sos tiram, 1 sudu kicap pekat dan 1/4 cawan air dan pes asam jawa. Masukkan juga tauhu. Kacau2... 

Selepas itu masukkan sawi. Bila dah agak2 layu sikit, pecahkan telur. Gaul2kan sebati. Masukkan bihun dan kacau. Selepas tu masukkan 2 sudu  kicap pekat lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata2 sampai semuanya bergaul dengan sebati. Dah siap... bolehlah dihidangkan dengan cili padi jeruk jika suka pedas...!


p/s : Sedap jugaklah... puashati!!!

1 comment:

Wak Lat said...

Salam. Hee rajinnya mak buat bihun goreng pedas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...