Just Klik!

Sunday, July 10, 2011

Kangkung Tumis Air


Masak sayur lagi.....! Biasalah... bukan ke kena masak masakan seimbang! Mesti ada sekurang2nya satu lauk sayur  demi megikuti pola permakanan yang betul dan berkhasiat. Itulah yang aku belajar dari pakar pemakanan....Betul tak.... ? Mestilah betul.. So kena makan sayur untuk  sihatttttt!!!!

Ini resepi  mudah je ...... 'Kangkung Tumis Air'


Bahan2 :

1 ikat kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kangkung. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : Lauk sayur yang sangat simple...... sebagai lauk sampingan, sebab tu sikit je.



Have a nice day! :)

1 comments:

eynda said...

Sedap... kalau eynda ratah aje pun dah ok :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...