Gambar cuma hiasan je... |
Satu pagi seorang lelaki ni masuk bilik air.... mandi nk pegi keja. Di samping tu dia bawa satu bekas kecil nk ambil sample air kencing nk bawa gi klinik - checkup. Lepas mandi diletaknya sample tu tepi bilik air dulu... Pastu isteri dia masuk bilik air... tersepak sample tu....tumpah. Dia takut nk beritahu suaminya nnti kena marah. dia pun bagi sample air kencingnya sendiri... suami dia tak tau.
Balik rumah petang tu.... lelaki tu termenung je.... sampai 2 hari 2 mlm si isteri pelik tengok kelakuan suaminya yg asyik termenung je. tapi dia takut nk tanya sebab suaminya panas baran tahap maksimum punya. Salah sikit siap lempang n sepak terajang pun ada. Tetapi dek kerana ingin tahu.... diapun tanyalah.... 'nape abang menung je skrg ni.... x banyk cakap macam biasa?' Lelaki tu cakap... dengan muka yg sedih dan kebingungan.... 'kelmarin abang buat checkup kt klinik.... klinik tu kata abang mengandung'.... Hah ..... Dengan nada ketakutan si isteri tu pun berkata 'sebenarnya air kencing abang tu tumpah.... saya tukar dengan air kencing saya'
Punyalah lega si suami bila dapat tahu cerita yang sebenar iaitu dia memang x mengandung......... xde pulak di lempangnya isterinya tu... disebabkan dek terlalu gembira. 'Nape tak bagitau....' 'Tu la bang...... jangan garang sangat.....saya x beranilah nk cakap nanti abg marah' kata isterinya.
Pengajaran drp cerita ni ialah sebagai ketua, bapa, ibu, suami atau apa jelah sebagai seorang ketua jangan bersikap garang sangat...hingga tahap melampau, nanti org takut sampai cerita yang benar pun orang tak berani nk cakap yng betul.
Ha....ha... ha!
4 comments:
hehhee,,, mmg ramai lelaki m;gndung
aku pun nk ngandung..hehe
mengandung punya lama tapi tak bersalin juga
lepas kawen ramai la..hahaha
Post a Comment