Just Klik!

Tuesday, June 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Labu dan Fucuk Tauhu


Kekadang tu buntu pemikiran nak memasak ni.... Gi kedai dah rancang nak masak benda ni... tup-tup x de plak  bendanya. Terpaksalah 'on the spot'  tukar menu lain.... poning. At last, fikir punya fikir jadi le masakan  ni. Tu dia ... cerita masak memasak smlm. Ari ni x dpt nk berfikir lagi.....

Inilah resepi masakan aku yg tah ape2 ni. "Masak Lemak Cili Api Labu  dan Fucuk Tauhu". Sodap gak...

Bahan2

1 biji kecil labu yg masih kehijauan - potong dadu besar2 
2 keping fucuk tauhu (1 pkt rm 1.20) - potong2 dan rendam
Sedikit ikan bilis - agak2 dlm 12 ekor. 
11  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Labu   dan fucuk tauhu yang  telah dipotong2 didihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan ikan bilis.   Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan  sehingga labu agak empuk.  Kacau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s :  Kalau x suka pedas boleh kurangkan cili api... Tengok anak2 & hubby berselera makan.... berbaloi!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...