Aku ni..... kalau korang perasan, selalu masak lauk sayur...... sayur, sayur dan sayur..... Kali ni pun aku nk post satu lagi resepi sayur yang baru aku masak semalam. Kalau boleh aku ni nak jadi vegeterian... Agak susah nk laksanakan kemahuan aku ni.... al maklum lidah melayu.......namun aku nak lebihkan makan sayuran jugak. Salah satu sebabnya aku ni alergik dengan sesetengah makanan.......Sebab lainnya dah tentu kerana makan sayuran bagus untuk kesihatan dan menjauhkan diri dari pelbagai penyakit. Anak2 pun suka sayur sebab dah di dedahkan dari kecil lagi.
Ini dia masakan sayur aku..... 'Kacang Botor Tumis air'
Bahan2 :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara2:
Kacang botor di potong kecil2. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kacang botor. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan lauk2 lainnya.
'Selamat Makan'
'Selamat Makan'
3 comments:
lama tak makan kacang botol.. selalunya lia buat ulam aja mkn dgn sambal belacan..
cubalah buat.... sodap nih!!!
TQ. Malam ni saya cuba masakan kacang botor. Tentu sedap.
Post a Comment