Just Klik!

Monday, June 27, 2011

Ikan Kerisi Goreng bercili


Lauk biasa je......  Yang bersambal merah2 ni memang kegemaran my hubby n anak2. Aku je yang x berapa nak suka. Masak ajelah...

Ini dia......' Ikan Kerisi Goreng bercili'

Bahan2 : 

4 ekor ikan kerisi - digoreng
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan kerisi goreng. Bolehlah dihidangkan.

Try... Ok!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...