Just Klik!

Wednesday, June 29, 2011

Sambal Sardin Berkentang


Hari ni aku agak buntu sikit memikir apa nak di masak..... Dah jenuh aku masak rasanya.... dah xtau apanya yang nak dimasak lagi.... dah tentu mesti yang sedap dan seisi rumah suka ngan lauk tu....

Semalam pun macam tu... . at last ini aje yang dok terfikir dek aku ni....

Resepinya 'Sambal Sardin Berkentang'

3 biji kentang
1 tin besar sardin
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang dan sardin. Gaul rata dan biarkan sehingga sardin betul2 masak dan bolehlah dihidangkan.

P/s : Dok  tengah fikir nk masak apa tengahari ni.! Ce... bagi idea....


Have a nice day! :)

3 comments:

Lia said...

sardin ni masak mcm mana pun sedap kan.. hehee

Noor said...

Memang sedap... tp kalau dah selalu tu jemu juga...

nur adha said...

saya modified resipi ni jd sardin masak kicap...anyway feel free to vicit my site too..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...