Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, April 20, 2011

Waktu Makan Pengaruhi Berat Badan

Info lagi....

Seringkali untuk menurunkan berat badan, dua perkara utama yang disarankan adalah kurangkan makan dan tambahkan aktiviti fizikal. didalam rutin harian anda. Kini, selain dua perkara utama yang menjadi panduan ramai yang berdiet, terdapat satu lagi petua tambahan untuk membantu proses penurunan berat badan menjadi lebih berjaya. Petuanya adalah makan pada waktu yang betul dan tepat.

Di dalam sebuah kajian di Northwestern University. para pengkaji menemui bahawa makan pada waktu yang tidak teratur contohnya pada waktu tengah malam, ketika tubuh keletihan dan mahu berehat,  boleh mempengaruhi penambahan berat badan anda. Penemuan ini berdasarkan pada kajian yang mendapati pengaturan tenaga oleh 'ritme carcadian' tubuh turut memainkan peranan dalam hal ini. Kajian ini merupakan kajian pertama yang membuktikan kebenaran hubungan di antara waktu makan mempengaruhi penambahan berat badan. para pengkaji turut berkata, mengubah waktu makan saja sangat mempengaruhi berat badan.

Berikut di berikan beberapa penemuan teliti daripada para pengkaji mengenai hubungan di antara makan pada waktu tengah malam dan penambahan berat badan.
  • Ukuran  - Menunda waktu makan boleh menjadi penyebab pengambilan kuantiti makanan yang lebih banyak.
  • Kualiti makanan - Setelah seharian bekerja atau belajar, makan makanan segera (beberapa potong pizza atau burger) jauh lebih menggoda berbanding makan sayur kukus atau ikan rebus.
  • Mengunyah makanan tanpa dikawal - Menghabiskan waktu malam dengsn bekerja, belajar, membeli-belah atau menonton televisyen mendorong anda memilih makanan yang lebih mudah disediakan, bergula dan tinggi kalori (terutama makanan segera).
  • Masalah kesihatan - Membiarkan perut kosong dalam jangka waktu yang lama dan diikuti dengan makan dengan boleh menganggu interaksi di antara kadar gula darah dan insulin. Gangguan ini boleh membuatkan anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat serangan diabetes tahap 2.
Waktu Terbaik  Untuk Makan

Beberapa  pakar menyarankan bahawa waktu paling baik untuk makan adalah ketika anda berasa lapar. Rasa lapar ini merupakan satu signal bahawa tubuh memerlukan tenaga. Misalnya, beberapaorang sering berasa lapar dan bertindak makan makanan yang tinggi tenaga.  Tetapi, waktu terbaik untuk makan adalah ketika tubuh berada dalam keadaan paling aktif. Pada waktu ini metabolisme masih tinggi dan tubuh memerlukan tenaga ekstra. Contoh terbaik adalah di waktu pagi. Sebab itulah sarapan amat penting untuk setiap individu untuk memulakan hari mereka. Ketika tidur tubuh tidak mempunyai  stok nutrisi yang mencukupi.  Jadi, sel-sel di dalam posisi bersedia untuk menggunakan pengambilan tenaga dari makanan. 

Selain itu, di waktu pagi tubuh memerlukan nutrisi penting khususnya protein. Ini kerana tubuh telah menggunakan protein  dalam darah untuk membantu pemulihan otot-otot seperti rambut, kulit dan kuku. Bukan itu saja, tubuh juga menggunakan protein untuk mencipta jutaan antibodi sebagai pertahanan melawan bakteria yang memasuki tubuh sewaktu kita tidur.  Ertinya tubuh memerlukan tenaga tambahan untuk menggantikan protein yang hilang sewaktu tidur.

Anda boleh mengurangkan pengambilan kalori ketika hari semakin lewat. Cara terbaik adalah dengan membahagi-bahagikan kalori harian anda kepada lima waktu makan setiap hari. Mulakan dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Petuanya, anda susun waktu makan ini selang tiga jam. Cuba hindarkan makan dalam kuantiti yang banyak setelah hampir pukul 9 malam. 

Waktu lain  yang terbaik untuk makan adalah setelah selesai berolahraga. Cuba makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, iaitu lebih kurang 30 hingga 45 minit setelah mengikuti latihan beban. Ini kerana pada waktu ini enzim2 yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga berada di dalam keadaan paling aktif dan kemungkinan tenaga yang masuk dalam bentuk lemak adalah lebih kecil. Zat yang masuk seperti karbohidrat akan digunakan untuk memperbaharui glikogen yang rendah akibat berolahraga manakala protein digunakan untuk membantu pemulihan dan pertumbuhan jaringan otot baru dan sebahagian lemak dari makanan akan digunakan sebagai bahan bakar untuk proses2  ini. Ini bermaksud, selepas berolahraga sebahagian besar makanan digunakan untuk proses pemulihan tubuh badan. 


Jaga makan.... jaga kesihatan... terus berdiet untuk menghindari penyakit..... bye!


Have a nice day! :)

1 comments:

Mohamadazhan.com said...

makan ikut waktu dan berjadual =)

Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...