Breaking

Wednesday, June 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Daging dan Kentang


Smlm inilah juadah tengahari kami sekeluarga.... macam biasa resepi peberet suami kita le. Dan ada juga juadah iringan yg lain2. Set makan tengahari kami sekeluarga yang tah ape2 ni.. Selain masak lomak ada ikan goreng, ulaman dan yg paling best ada buduuuu! Sebenonya ada lg...ikan masin, tp x tunjuk.... suamiku x makan budu... so gorengkan ikan masin.


Inilah resepi yg biasa2 je... "Masak Lemak Cili Api Daging dan Kentang"

Bahan2


300gm daging  - potong kecil2
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Masa merebus daging tu x payah taruh air. Air daging akan keluar dengan sendirinya.

3 comments:

~izan~ said...

sedapnyer...dlm byk2 makanan,izan jarang masak daging..sebab tak pndai sgt nk potong,salah potong jd liat..kena ikut urat eh?

mekacih share resipi yg mmg sedap ni =) mesti terangkat layan lemak cili api ni

Noor Akma said...

~izan~... xpayah fikir pasal urat bagai, janji potong kecik2 lepas tu rebus lama ckit.. mesti okey je.

L.O.V.E.U said...

mekaseh...tolong la masakkan...hihihi..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...