Just Klik!

Thursday, June 16, 2011

Sambal Ayam Bermayonis



Taraaa!!!!!...... inilah sambal ayam bermayonis ku.... Masak tghari smlm. Anak2 kata sedap je!!! Copyright dari Mas Duniaku... adalah di modified ckit... ckt je kan! Tp yg musykil ckit ni, x gelap macam   yang si cikgu tu ajar. Xpelah.... nk wat camne lg!!! Dah lama nak cuba resepi dia ni.... at last tengok sambal ni plak yg  dapat di buat. Ada kelainan sikit daripada masakan yg biasa di buat. Nantilah... kalau ada masa nk cuba lain2 resepi .

Bahan2 :

1/2 ekor ayam  - dipotong  kecil
2 biji bawang merah -tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia -tumbuk
1 bji bawang besar - hiris 
 2 sudu besar cili giling 
1 sudu makan sos tiram 
1 sudu besar mayonis
sedikit kiub ayam - jika suka
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Gaul  ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak. Angkat dan tos, ketepikan.Tumis bahan-bahan tumbuk sehinga kekuningan.Lepas tu masukkan cili giling dan tumis sehingga agak garing sedikit. Masukkan sedikit air, bawang besar, sos tiram, kiub ayam dan mayonis. Kacau sebati dan masak hingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaulkan rata2 , biarkan sambal tu mesra dengan ayam dalam 5 - 8 minit dengan api perlahan, boleh tambah sedikit air panas jika sambal kelihatan agak kering dan biarkan masak hingga sambal pekat balik dan rasa dan jika ok boleh diangkat.

Selamat mencuba ...


Have a nice day! :)

1 comments:

~izan~ said...

mesti sedap ni,anak izan yg sulung mmg suka sgt mayonis,mkn kepok lekor pun cicah mayonis hehe.

izan tak pernah tgk lg resipi mcm ni.. harus cuba ni,tq share!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...