Memakan pil atau menggunakan peralatan moden untuk menguruskan badan bukan pilihan semua orang, terutama mereka yang lebih menggemari cara tradisional. Dalam hal ini, limau merupakan sumber alam yang sangat hebat kesannya. Hal ini disebabkan limau nipis mengandungi asid sitrik yang berkesan memecahkan lemak dan melancarkan penghadaman . Ini info antara cara tradisional menguruskan badan menggunakan limau nipis.
- Perahkan dua biji limau nipis ke dalam segelas air kosong, setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Minumlah air ini sebagai ganti air manis.
- Rendam tiga sudu besar teh cina. Tapis dan campurkan perahan limau nipis. Minumlah dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
- Ambil sebiji kapur makan dan sebiji limau purut. perahkan limau tadi bersama kapur makan lalu digaul sehingga sebati. Sapukan disekitar perut sebelum tidur dan biarkan kering sehingga pagi sebelum dicuci.
p/s : Jus limau berfungsi memecahkan lemak terhasil dalam badan. Petua ni agak x sesuai untuk org yang ada gastrik.
4 comments:
sesuai untuk solomolo yang sedang berusaha gigih untuk membuang lemak...
hahaha...
Okeylah En. solomolo.... selamat membuang lemak hehe!
kapur kena kulit boleh jadi gelap woo..huhu.just my 2 cent **
nak cuba lah
rasa2 nak vitamin pecah lemak boleh la gak baca2 artikel ni.
http://vitamindiha.blogspot.com/2013/12/lecithin-shaklee-membakar-lemak.html
Post a Comment