Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, September 14, 2011

Kek Kukus Kurma


Ari ni aku buat kek utk minum petang. Nak menghabiskan seketul butter lebihan buat biskut raya tempohari. Lepas tu nampak kurma, lepas bulan puasa x berusik... akupun terfikir nk buat kek kurma. 

Cari punya cari resepi kek yg sesuai, akupun modified kek kukus buahan jadi kek kukus kurma.

Resepi kek kukus buah-buahan ni aku ambil dari Myresepi oleh DianaA dan aku olah sendiri jadi  Kek Kukus Kurma.

Inilah hasilnya...... menjadi dan sedap!!! Lembut, lembap gebu dan x manis sangat..... sedang elok je.

Dan aku nk share resepi aku di sini.... aku buat 1/2 adunan je dan resepi yg aku tunjuk ni utk 1/2 adunan, utk sekali makan sekeluarga aku , nk resepi asal boleh klik sini

Bahan2 :

300 gm tepung gandum
150 gm gula  halus
4 biji telur 
1 ketul butter
1 cawan kurma - yg telah dibuang biji dan dipotong kecil2
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan gula - buat gula hangus
aluminium foil

Cara2 :

Gaulkan kurma yg telah dipotong2 dengan sedikit tepung. Ketepikan. Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati. 

Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti. 

Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.  Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm aduna cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati. 

Masukkan pula  kurma yg telah dipotong2 dan dicampur  tepung tadi. Gaul lagi sampai rata. Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan butter dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 1-2 jam.

p/s : Seeloknya buat kek ni x perlu guna mixer. Kacau pun lebih kurang je, sedang elok sebati dah cukup utk mendapatkan kek yg lembab dan basah..... mudahkan!


Have a nice day! :)

1 comments:

mamamia said...

Seketul butter tu yg 250gm tu ke atau sebahagian je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...