Balik dari kg beberapa hari yg lepas, keluarga aku kt kg bekalkan cempedak ngan pisang sebagai buah tangan. Bukannya ckit tp seguni cempedak dan tiga jenis pisang. Kira dlm tiga tandan lah tu. Dalam kereta asyik bau cempedak je sepanjang perjalanan. Sampai je kt rumah........ terus goreng cempedak. Masa tu pisang belum masak lagi. Sampai dah x larat nk makan cempedak tu, lebih2 lgi aku ni mana boleh makan banyak nanti dtglah semput aku ni. So, buah cempedak tu jadilah buah tangan waktu beraya kerumah sedara mara hubby aku di Shah Alam ni.
Pisang masa tu belum masak. Skrg ni semua dah masak dah.... So. smlm aku pun buatlah pengat pisang. Pisang yg aku buat pengat ni namanya pisang abu atau kt sini org panggil pisang kapas. Ari ni aku ingat nk buat kek pisang plak.... stok pisang banyak lg dan mcm2 jenis plak tu.
Inilah resepinya...... 'Pengat Pisang'
Sesikat pisang abu/kapas - dlm 10 biji
1 keping gula kabung
1/1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan
Cara2 :
Pisang dibuang kulit dan dipotong kecil2. Rebus pisang bersama air, gula dan gula kabung sehingga gula kabung hancur . Masukkan santan dan daun pandan. Kacau dan tunggu sehingga mendidih. Bolehlah diangkat. Pengat ini elok dihidangkan semasa ia sejuk.
No comments:
Post a Comment