Just Klik!

Saturday, September 24, 2011

Lontong Semarang


Ini lontong yg aku buat kelmarin bersekali dgn rendang tok dan sambal kacang ayam utk dimakan dgn nasi impit.

Dah berkurun rasanya aku x buat lontong ni, aku pernah buat masa adik2 ipar aku duk dgn aku..... dah lama sangat dah. Itu pun aku tolong2 je diorang masak lauk ni.

Kalau raya kt kg my hubby ada kak ipar yg pandai buat ni, aku tukang makan je.....

Cari2 dan selak resepi yg sesuai ..... aku pilih  resepi ni dari blog Dunia dari Dapur Kak Jee...aku taruh apa ajelah sayur yg aku suka.... and then aku olah ckit2. Bolehkan kjee...? Sapa2 nk tengok resepi kjee tu boleh klik kt sini.

Resepi ni buat aku terpikat sebab ada pedasnya dan campur ngan daging pulak tu .... So, jadilah masakan ni kelmarin.

'Lontong Semarang'

Bahan2 : 

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 biji buah keras
2 inci isi kunyit
7 biji cili api
2 biji cili merah
2 batang serai
1 biji terung 
1 paket fucuk dan suun
1 batang carot
2 ketul tauhu
2 keping tempe
Sedikit kobis
2 cawan santan pekat
Sedikit daging cincang/tetel
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang merah, bawang putih, buah keras, isi kunyit dan cili api dikisar lumat. Masukkan belacan dan campurkan sekali. daging dipotong kecil2. Tempe dan tauhu digoreng sebentar dan dipotong dadu.

Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan wangi. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Masukkan sedikit air dan serai . Biar seketika. Masukkan pula sayur-sayuran. Masukkan juga tempe dan tauhu.

Masukkan pula santan pekat. Kalau nk kuah lebih boleh tambah ikut keadaan. Bila dah mendidih, perlahankan api dan renehkan seketika. perasakan dengan garam dan gula. Taburkan cili merah yg telah dihiris .

Dah siap... bolehlah diangkat dan  dihidangkan dgn nasi impit, sambal kacang dan rendang.

P/s : Perghhhhhhh............. memang sedap, lain dari yg lain. 


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...