Ari ni...... meriah je org lalu lalang kt gerai aku ni tayang baju raya. Nak gi beraya open houselah tu. Jelessss nyerrrrrrrr.
Aku ni, sambil berjualan.... sempat jugak nk updated blog!
'Ikan Kembong Bersambal'
Bahan2 :
4 ekor ikan kembung - digoreng
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan goreng.
No comments:
Post a Comment