Mood memang bercelaru ari ni....... Nk updates blog pun x bersemangat jerrrrrrr. Selalunya pagi2 lagi aku dah siap updated.
Ini.....? dah petang, aku masak terkial-kial mencari mood. Dek x nak blog aku ni menjadi suram dan kelam........Aku updatedlah masakan aku ari ni.
Masakan org kg yg paling hot.......... hotlah sangat!!!! iyerrrrr lah tu.... utk aku je....
'Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku'
Bahan2 :
2 ikat pucuk paku
9 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Pucuk paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan bilis dibersihkan dan di tumbuk kasar.Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.
Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : Ari ni makan masak lemak pucuk paku dengan pekasam goreng.......... pergh, sedap!!!!!
No comments:
Post a Comment