Breaking

Thursday, September 8, 2011

Masak Lemak Cili Api Daging dan Nenas


Masih dlm mood raya lagi. Badan aku ni rasa x sihat je. Anak2 pun aku lihat pun macam aku juga.... x bermaya je. Ditambah lagi dengan cuaca yg panas membahang ni.... tp jgn pans hati dah!!

Tghari smlm aku teringin plak nak makan yg pedas dan masam2 ckit. So, jadilah gulai ni... tentulah kegemaran my hubby. 

'Masak Lemak Cili Api Daging dan Nenas'


Bahan2

300gm daging  - potong kecil2
1 biji nenas
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 helai daun kunyit
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk, serai yang telah dititk dan daun kunyit yg telah dicarik2. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. Selepas itu masukkan nenas yg telah di kupas kulit, dibuang hidung2nya dan dipotong-potong. 


Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. 


Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Masa merebus daging tu x payah taruh air. Air daging akan keluar dengan sendirinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...