Just Klik!

Monday, May 16, 2011

Asam Tempoyak Ikan Keli

Ari ni nk letak resepi yang turun temurun keluarga aku .... kalau musim durian, inilah lauk yang pasti ada bila makan tengahari kt kampung aku..  resepinya amat simple-mimple je. Rasanya fuhhh... hingga menjilat jari ... gitu!!

Bahan2 :

4 ekor ikan keli
3  sudu besar  
6 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan. Jangan lupa rendam sebentar dengan air asam jawa untuk buang hanyir. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.

Masak ikan ni boleh juga ditambahkan timun ataupun tauge kasar.Ada orang masak ni taruh bawang dan daun kesum. Kita tak suka.... sebab dah kurang rasa tempoyaknya bila campurkan barang2 tu. Lain orang lain caranya kan!! 


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...