Just Klik!

Tuesday, May 24, 2011

Telur Hancur Masak Sambal


Ini masakan yang sangat simple dan mudah disediakan.

Bahan2 :
4 biji telur - digoreng dan dihancur2kan didalam kuali
2 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar - hiris
1/4 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili giling dan air asam jawa. Tumiskan sehingga pecah minyak. Lepas tu masukkan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau terlalu kering boleh ditambah sedikit air. Bila dah pecah minyak sekali lagi, bolehlah diangkat. Lepas tu tuangkan sambal tadi ke atas telur hancur. Bolehlah dihidangkan dan makan.

p/s : lauk ni my hubby suka.... bila aku masak lauk yang dia tak suka, aku masakkan dia lauk ni. Sonang kojonyo!!  Ha.. ha!

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...