Just Klik!

Sunday, May 29, 2011

Sup Sayur



Ini lauk sayur yang aku buat beberapa hari yang lepas... Lauk ni sebenarnya aku dah wat entry lama dulu.. tp masa tu aku buat lauk sayur untuk orang berdiet. Lauk ni boleh juga di makan dengan nasi macam biasa ... Jadi memang aku selalu masak. Anak2 pun memang gemar lauk sayur ni.  Nak imbas entry tu klik kt sini

Bahan2 :
  • Beberapa jenis sayur -x kisahlah sayur apa.....campurkanlah, macam carot, sawi, kobis, bunga kobis, brokoli, bayam, tomato dan apa2 ajelah.
  • Sedikit minyak masak 
  • Seulas bawang putih dan  sebiji bawang merah
  • sedikit halia
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk pati ayam(jika suka)
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara2 : Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan serbuk lada hitan dan serbuk pati ayam. Masukkan air (ikut suka banyak mana yang dikehendaki). Biarkan mendidih. Masukkan sayur yang keras dulu. Bila sayur yang keras tu hampir lembut baru masukkan sayur berdaun.... tomato boleh masuk last sekali.
Dah siap bolehlah dihidangkan. Jika suka boleh taruh daun sup dan daun bawang sekali.

p/s : Skrg ni kt Masjid Negeri. Sambil jaga gerai aku beronline.....  Sesiapa yang ada kelapangan dan dekat ngan Shah Alam, boleh datang sini  untuk berbelanja sebab dah start Karnival Cuti Sekolah sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni... alamatnya berkampunglah aku disini!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...