Hari Isnin lepas aku masak lauk ni..... Senang je masak lauk ni n sedap!
Bahan 2 :
4 biji terung panjang - potong serong
2 sudu ikan bilis - bersihkan dan goreng
2 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - hiris
21/2 sudu besar cili giling atau 15 biji cili kering - tumbuk lumat
Sebesar ibu jari asam jawa - ambil airnya
Gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya
Cara2 :
Terung panjang digoreng jangan terlalu masak(cukup sekadar lembut). Ikan bilis digoreng sebentar. Bawang merah dan putih ditumis dengan sedikit minyak. Bila dah kuning sikit masukkan cili dan goreng sampai garing. Kalau terlalu pekat tambah sikit air. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Kacau sampai naik minyak. Masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan terung yang digoreng tadi. Kacau sebati. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment