Breaking

Saturday, May 21, 2011

Nenas dgn Ikan Masin Masak Lemak Cili Api

Ini kiranya masakan kegemaran my hubby. Tiap2 minggu mesti ada masak lemak. Dipelbagaikanlah. Minggu ni kita buat masak lemak cili api ikan masin ngan nenas. Sonang membueknya.. gitu!!

Bahan2 :

1/2 biji nenas - potong kecil2
beberapa keping ikan kurau masin
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Nenas yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : saya suka letak sedikit gula dalam masakan sebagai pengganti serbuk perasa. Jika tak suka tak  payah letak. Cili api boleh dikurangkan pada sesiapa yang tak tahan pedas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...