Breaking

Monday, May 23, 2011

Sawi Goreng Dengan Cendawan


Masakan sayur ni sebenarnya aku ambil dari buku masakan Cina...... Kiranya masak chinese style la tu .Aku modified ikut cara aku sendiri.  Dah lama aku masak lauk ni... Anak2 aku panggil lauk sayur cina.

Bahan2 :

4 pokok sawi siew pak choy
1 paket cendawan tiram kelabu
1 inci halia - dihiris halus memanjang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam @ 1/4 drp. 1 ketul kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :
Sawi di potong dua. Cendawan di siat2  sahaja. Tumis halia. Bila dah kekuningan masukkan sebuk lada hitam, serbuk pati ayam dan 1/2 cawan air. Lepas tu masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. Seterusnya masukkan sawi. Bila sawi dah agak layu masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah di hidangkan.

p/s : Dalam buku masakan cina tu sawi tu yang jenis kecik2 je di gunakan. Tak payah potongpun ...di rebusnya dulu dan susun cantik2 dalam pinggan. Cendawan pun dibuat macam tu tapi dia gunakan cendawan yang panjang2 macam straw. Kat kedai biasa susah nak jumpa cendawan tu.... cuma ada di supermarket besar je. Lepas semua dah susun cantik barulah di buat kuah dan curah dalam pinggan. Agak susah dan cerewet kerjanya. Jadi kita buat yang mudah2 je.... sedap gak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...