Just Klik!

Friday, May 27, 2011

Nasi Goreng Kapcai


Semlm hari yang kelamkabut ckit.... x sempat gi kedai ...so aku masak nasi goreng je. Nak tau kenapa..... hubby aku  gi bank cucuk duit, kad kena telan gara2 sibuk jawab telefon sambil cucuk duit. Lambat tarik kad, ditelannyaaaa... Kad tu kad akulah... jd aku kena gi bank buat kad baru. Kalau nk nak ambik kad tu balik kena tunggu 14 hari... Aku nk guna duit ni.. urgent plak. Smlm last day nk bayar duit sewa karnival cuti sekolah kt masjid  negeri  nanti... kalau x, xdptlah niaga sepanjang cuti tu. 

Dah lambat.... balik dari bank.... akupun masak jelah nasi goreng.... tang nama kapcai tu sebab aku gi bank naik moto kapcai je ngan hubby aku. Keta ? ... my step son yang pakai. Keta tu nama je aku punya tp hak dia. Kalau nk pakai pinjamlah kejap. Itupun bila dia x pakai..... nantilah... bila aku dpt keta sendiri. Boleh melaram.... Keta nanti pun jadi bukan aku punya tapi hak aku sebab aku yang kena bayar kt bank.... kiranya sambung byr. Adik ipar aku punya ketalah! ....Waaa! complicatednya...!!

Dah membebel plak.... Okeylah!!!  Ini resepi Nasi Goreng Kapcai.

Bahan2

2 mangkuk nasi 
2 sudu besar ikan bilis - goreng
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
3 biji cili api - ketuk
1 batang serai - hiris halus
2 biji telur
sedikit kobis n carot - hiris halus
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
Sedikit minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan serai. Bila dah kekuningan, Masukkan sos tiram . Masukkan juga kobis dan karot. Biar sedikit masak. Masukkan telur dan kacau2kan sebati. Masukkan nasi dan kicap. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan sekata... Bila dah siap bolehlah dihidangkan.

p/s : Skrg ni kt Masjid Negeri Shah Alam.... niaga!! Curi2 masa online.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...