Satu ari tu aku masak pajeri terung.... Dah lama x masak lauk ni. Berselera sekali makan nasi ngan lauk ni.
Sodap gitu!!!
Bahan2 :
4 - 5 biji terung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Terung dibersihkan dan dibelah. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat. Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan terung. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila terung dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Ini lauk yg aku masak set ngan pajeri terung. Ikan goreng dan kerabu tomato. Resepi kerabu tomato dah pernah aku post kt blog ni... Sesiapa yg nk resepi kerabu tomato sila klik sini!
Okey..... selamat menjamu selera.....
No comments:
Post a Comment