Just Klik!

Monday, September 12, 2011

Asam Pedas Ikan Kembong, Terung dan Tomato


Ini gulai semlm ya!...... arini belum fikir nk masak apa2 lagi..... Gulai ni dah biasa aku masak. Kira siaran ulang tayang  je....!

Otak aku ni tengah blur........ nk tulis panjang2 pun xde idea.

Kita layan ajelah gulai aku ni!!!

'Asam Pedas Ikan Kembong, Terung  dan Tomato'

Bahan2 : 

3 ekor ikan kembong
3 biji terung bulat
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Ikan dibersihkan dan dipotong 2. Terung  dan tomato di belah empat.  Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. 


Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. 


Bila mendidih masukkan  terung. Masak lagi dan masukkan ikan. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Agak2 dah nak mendidih lagi bolehlah diangkat.

p/s : Boleh juga ditambah belacan, daun kesom dan bunga kantan..... lg sedap!


Have a nice day! :)

2 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam selamat hari raya
Asam pedas mmg Fv kami sekeluarga

Noor said...

Assalam sheila.... lauk ni mmg sedap! Tiap2 minggu mesti buat. Kesukaan hubby n anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...