Just Klik!

Thursday, September 22, 2011

Rendang Tok, Resepi Opah


Dah lama aku teringin nk buat rendang tok, resepi turun-temurun opah aku......... Ada je halnya dan masaalahnya. Lebih2 lagi hubby aku tu asyik2 nk buat rendang style dia je....!

Dari kecik lagi memang inilah resepi yg biasa opah aku buat. Memang aku pernah tanya kt diorang ... nape namanya rendang tok, bukan rendang opah, susah2 opah membuatnya atok yg dpt nama. Diorang jawab, rendang ni kegemaran atok.... ohhh macam tu upenya....ha..ha..ha..

Masakan ni, aku main anggaran je.... org dulu2 mana ada sukat2 secara spesifik, so.... pandai2 ajelah  aku mengejasnyerrrr!

Inilah resepinya..... masakan smlm , aku ringkaskan ikut cara terkini.

'Rendang Tok' resepi opah aku.................!

 Bahan2 :

600gm daging
1 paket kerisik
2 liter santan
1 sudu makan pes asam jawa
1 keping gula melaka (dalam 3 sudu makan)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar cili giling
4 batang serai
4cm halia
3cm lengkuas
3 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis
4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara2 :

Daging dipotong2, dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka, sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan.

Tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan daging yg telah diperap . Kacau sebati atau sehingga berasap.

Tuang baki santan. Kacau sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.

Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. angkat dan sedia dihidangkan.

p/s : Waktu dulu-dulu..... opah aku mesti taruh isi kelapa yg dihiris2 dan digoreng kedlm rendang tok. Skrg aku x buat lagi... mana nk cari isi kelapa. Aku beli santan je....


Have a nice day! :)

10 comments:

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum..sedapnyer..lebih2 lagi dinikmati dengan ketupat.. :)

Noor said...

Dah tentu... masakan ni memng nk dimakan dgn nasi impit, kuah kacang n lontong ari ni... anak2 nk ajak kawannya dtg umah, beraya. Rendang ni lagi sedap bila disimpan lama..!

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum selamat hari raya, sdp suka mkn rendang tok ni tapi x pernah buat lg kalau beli pun dlm 3oo gm je tu pun dah 6 hinggit..lain kali nak try lah tq resepi

HASNOOR said...

assalamualaikum....sedapnya.InsyaAllah nk cuba resepi ni...thanks.

Noor said...

Wa'alaikumusssalam...

Sheila: Bolehlah buat lepas ni, ini resepi ori dari Bota Kiri, Perak. Grenti memuaskan hati...

Hasnoor: Cuba jgn x cuba! Sekali makan, mesti nk lagi.

Sue @ Nenie said...

Assalamualikum...Rendang ..emmm sedap ni buat cicah ngan ketupat palas@pulut

Saridah said...

salam..sedapnyer rendang tok..tq share..

Anonymous said...

thanks a lot...moga ilmu yg dkongsi mdpt phala & barakah.Klu guna Kelapa hiris tu dgoreng tanpa minyak atw brminyak?

Noor said...

Goreng tanpa minyaklah... bila dah coklat kekuningan...bolehlah diangkat dan masukkan dlm rendang bersama kerisik.

Theebarubini Jason said...

Selamat Sejahtera. Kawan kawan!!! Nak tak income Rm900 sehari??..FREE REGISTER... Tiada
apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak
rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari
orang, tak perlu jual barang.. Anda
perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat
USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy
ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter,wechat,wassap dan sebagainya..
setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10
×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda boleh pilih samaada duit masuk ke acc
bank anda atau CEK dipos ke alamat rumah anda.. Ramai yg dah register
PERCUMA..cuba klik link ni tak salah mencuba kan.
http://peruserpaid.com/?ref=36640

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...