Ari ni sambil kira stok barang2 jualan, buat akaun serba sikit...... akupun sempat jugaklah mengupdated blog aku ni. Begitulah hari2 yang dilalui ..... buat ini sikit, buat itu sikit, selesailah kerja satu hari. Bzzy... memanjang, tp kerja x siap2 jugak..... Sabo ajelah, buat pelan2, mana yang x selesai sambung esoknya plak.
Masak hari2 yang x pergi bukak gerai itu mesti....... walau cuma yang simple je. Xnak makan lauk kedai je... Kalau bzzy sesangat waktu kt gerai terpaksalah..!!! . Ini ada kat rumah (rumah aku ni merangkap kedai rawatan sekali @ rumah kedai) .... mesti masak walau cuma sayur dan ikan goreng.
Kali ni aku masak lauk berkuah plak iaitu 'Asam Pedas Ikan Selar'
Bahan2 :
3 ekor ikan selar
8 biji bendi
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa
Cara2 :
Ikan dibersihkan dan dipotong 2. Bendi di potong tangkai dan hujungnya. Tomato di belah empat Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. Bila mendidih masukkan bendi. Masak lagi dan masukkan ikan. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.
p/s : Selalunya asam pedas taruh belacan dan daun kesom serta bunga kantan tp aku x masukkan sebab hubby aku tak suka... kalau taruh dia x makan lauk ni. So kalau korang nk taruh dlm resepi ni, silakan... mesti lagi sedap!!!
No comments:
Post a Comment