Ari ni nak kongsi tips macamana nak menyerlah dan nampak hebat walau dengan solekan yang simple je... Aku korek rahsia ni dari majalah lama yang berlambak kat rumah.
Ini infonya...... copy je!
Walau sekadar merias wajah dengan solekan biasa tapi jika kena dengan tekniknya anda mampu tampil hebat dan menawan. Pasti ramai wanita ingi tahu bagaimana caranya bukan? Sebabnya ramai wanita hari ini begitu sibuk. Justeru tidak punya banyak masa untuk menghias wajah . Bagi mereka asalkan nampak tidak pucat sudah memandai. Tips ni akan memberikan panduan bagaimana dengan menggunakan alatan mekap biasa anda boleh kelihatan lebih bergaya.
Warna natural serlahkan mata
Solekan dimulakan di bahagian mata dengan menyapu pembayang mata warna pastel dan natural pada kelopak mata. Sapukan sedikit pada garis mata bahagian bawah untuk memberikan kesan lebih segar. Selepas itu sapukan liquid liner sepanjang garis mata bahagian atas. kepit bulu mata dengan pelentik bulu mata dan seterusnya menyapu mascara pada bulu mata atas dan bawah
Sapuan pemerah pipi
Sekiranya anda tidak mahu atau tidak berkesempatan untuk menyapu pembayang mata atau mascara, memandai sekiranya anda menyapu pemerah pipi pada tulang pipi, dahi dan rahang wajah. Selain itu anda boleh menyapu sedikit glitter pada leher dan wajah.
Gincu naikkan seri
Lipstik bukan sahaja menaikkan seri wajah seseorang, malah dianggap penyelamat ketika anda kesuntukan masa. Begitupun, pastikan pemilihan lipstik sesuai dengan suasana atau majlis yang akan anda hadiri. Jika menghadiri majlis santai misalnya, anda boleh memilih warna-warna natural/
Manakala untuk majlis rasmi, jangan ragu untuk menunjukkan kesan dramati. sebagai contoh, apa kata anda serlahkan penampilan yang sebenar dengan memilih lipstik merah. Biarpun ala kadar, namun pasti akan menyerlahkan penampilan anda pada majlis tersebut.
p/s : Sebagai panduan diriku dan anda semua..... muahhh!!!
No comments:
Post a Comment