Ini ada tip nak mencegah dari makan banyak sangat atau makaan berlebihan. Seeloknya berhenti makan sebelum kenyang. Tapi kalau makanan sedap2 dan banyak pulak tu, macam mana ye? Tepuk dada, tanya selera... Untuk menjaga kesihatan diri kita sendiri. Jangan diabaikan... nanti diri sendiri yang terima akibatnya.
Nafsu untuk makan berlebihan sememangnya sukar untuk dibendung. Ia juga boleh mengganggu kesihatan sekiranya tidak dikawal seawal yang mungkin. Ikuti tip di bawah untuk bendung nafsu makan berlebihan.
- Minum air putih 8 - 10 gelas setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan nafsu makan meningkat secara mendadak
- Makan dalam kuantiti yang kecil sebanyak empat atau lima kali sepanjang hari. Makan cara ini lebih baik dan dapat mencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan daripada makan dua atau tig kali dalam kuantiti yang besar/banyak.
- Jangan lewatkan waktu makan. Ia akan menyebabkan anda makan berlebihan bila tiba waktunya nanti.
- Kurangkan jumlah makanan berlemak dan mengandungi gula yang tinggi.
- Tingkatkan jumlah serat didalam menu makanan anda. Serat membuat rasa kenyang dengan lebih lama.
- Makan di rumah lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.
Itu ajelah....khas untuk menjaga kesihatan kita semua.... muahhhhhh!!!!!!!
No comments:
Post a Comment