Hubby kata.... wah rajinnya memasak!.... Siap buat kuih lagi. Maklum dah jarang aku buat kuih, sejak aku terbabit dalam meniaga ni. Rasanya aku dah terjangkit virus rajin memasak dengan para blogger masakan kot. Ha..ha..ha!!
Resepi ni aku ambil di My resepi...by Kak Fida... tp aku modified ckit ... ikut apa yang aku ada kat gobok aku ni. Asal boleh je.......!!!!
Inilah resepinya Talam Marble
250 gram tepung Jagung ( Kak Fida guna tepung Hong Kwee)
* kita xde tepung tu ...
2 cawan gula ( Kak Fida buat 21/4)
* kurangkan ckit
1 tin susu cair dan ditambah dengan air cukupkan 2000ml
- Kak Fida guna 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
* kita x pakai santan - okey je!
3 sudu besar serbuk koko
*atau 1 botol serbuk koko yg kecil tu
1 sudu teh garam
* x bubuh pun xpe
Cara2 :
Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi dua. Satu bahagian di campur koko. Masak adunan dlm periuk yangg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris. Cara ni hendaklah dilakukan dgn cepat kerana adunan cepat mengeras. Sejukkan. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
p/s : xcantik langsung aku potong kuih ni.... aku ni dalam bab memotong kuih memang fail...agak buruk upenya!
p/s : xcantik langsung aku potong kuih ni.... aku ni dalam bab memotong kuih memang fail...agak buruk upenya!
4 comments:
minta share boleh...bkn ape sje nk tambah menu dan idea utk waktu berbuka. almaklumkan ramadhan dh hampir tiba
Boleh je! Testing utk bulan puasa la ni...ha..ha
gris dgn ape tu ye?
Gris tu maksudnya sapu dengan minyak loyang tu......
Post a Comment