Breaking

Friday, July 8, 2011

Sambal Kuinin Pedas Menyengat....

Kelmarin  pergi Pasaraya Mydin..... masuk je kat kawasan buah-buahan dan sayuran dah tercium bau buah kuinin. Rembat 4 biji...  3 biji nak makan gitu je.... 1 biji lagi buat sambal. Berseleralah makan tengahari semalam. Dah lama tak makan sambal kuinin... dulu2 kat kampung memang ada pokoknya... skrg ni pokok tu dah mati dan ada yang kena tebang... Notalgia jugaklah buah ni... Bila musimnya... waktu hujan dan berangin pergilah berebut tunggu buah gugur.

Inilah  'Sambal Kuinin Pedas Menyengat'....stail aku.
Bahan2

1 biji kuinin yang masak
8 biji cili api
segenggam  ikan bilis - dibersihkan
sedikit belacan - dibakar 
sedikit garam - jika perlu (biasanya belacan dah masin)
sedikit gula 

Cara:
Kuinin di racik tak terlalu halus. Cili api di tumbuk lumat. Selepas tu masukkan ikan bilis. Tumbuk jangan terlalu hancur. Masukkan belacan. Seterusnya masukkan kuinin. Di tumbuk sedikit dan digaul merata. Sudah siap... bolehlah dihidangkan. Pedas dan terangkat habis. Kalau tak tahan pedas boleh kurangkan cili api.

p/s ; Sesiapa yang tak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili api..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...