Masak semalam sangat2 simple. Maklum aku ni sibuk sangat berniaga kat bazaar Masjid Negeri Shah Alam. Balik sekejap kat rumah.... tengok anak2 x makan lg. Aku cuma sempat masak nasi dan buat sambal ni aje... jadilah asal boleh makan.... anak2 ok je. Sebenonya aku n anak2 dah x larat makan lauk kedai. Tak menepati selera langsung...!
Bahan2 :
4 biji telur
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu besar kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Telur digoreng dan dihancur2kan di dalam kuali sehingga garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, kicap dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan telur hancur tadi dan gaulkan sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Ok...!. sampai sini dan selamat makan.
2 comments:
lia selalu buat kicap telur hancur sebab anak lia suka sgt mkn kicap.. :)
Hai Lia.... Ada jugak yg mcm akak ni... masak yg mudah je!
Post a Comment