Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Thursday, August 11, 2011

Nasi Goreng Tomyam Ayam


Dah hari yg ke 11............. Pesiapan raya memang x prepare lg. Rasa malas nk fikir. Anak2 dah berdendang lagu balik kampung je....  Aku buat pekak, tension memikirkan macam2 ...... mana nk siapkan baju rayanya, kuih rayanya dan segala bagai lagi. Aisey poneg kepalo den.. dibueknyo!!!!!

Kita tinggakan dulu tentang hal tu, lagi bagus fikir pasal masak dan makan......

Menu aku smlm  ' Nasi Goreng Tomyam Ayam '

 Bahan2

4 cawan nasi
3 ketul ayam - dipotong kecil2
2 biji bawang besar -hiris halus
2 ulas - di cincang
2 batang serai - hiris halus
5 biji cili api  - tumbuk lumat
1/2 batang karot - di potong kecil2
1 paket pes tomyam
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
2 biji telur
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Dah naik bau masukkan cili api tumbuk dan serai. Kacau2,  masukkan pes tomyan, kiub ayam dan 1/4 cawan air. Kacau sampai mendidih dan masukkan karot dan ayam.

Kacau lagi sampai ayam masak dan karot agak lembut. Kalau terlalu kering boleh tambah air lagi. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali tu dan cepat2 masukkan nasi.

Kacau lagi sampai sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah diangkat dan dihidangkan....

p/s : Jika nak nasi  yg gelap ckit boleh taruh kicap.


Have a nice day! :)

1 comments:

Mat Ise said...

uh-oh, macam sedap jer.. Pes tomyam kt rumah banyak tapi xtahu nk buat ape(buat tomyam pun xreti), hi3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...