Sesekali aku masak makanan yg lain dari biasa..... anak2 lah yg suruh. Diorang memang suka. Ikutkan aje .Pasta ni diorang jugak yg pilih.
Aku masak ni utk anak2... Hubby x suka makanan ni, tekak melayu kampung dia tu mana boleh terima western food cam gini. Alahai... banyaknya kerja aku nak masak ni...
Apapun buat ajelah.... 'Pasta Penne Sardin Bolognese' x tiru dan x copy dari mana2. Pernah buat sblm ni, so ingat lebih kurang dan main campak2 je ikut selera....
Bahan2 :
1 paket pasta penne(500g)
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil sardin - lecek
3 batang sosej - potong kecil
1/2 batang carot - cincang halus
4 biji cendawan dlm tin - hiris dan cincang halus
2 biji tomato - potong kecil2
3 ulas bawang putih - cincang halus
5 biji cili api - cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit oregano
1/4 cawan air
Sedikit keju parmesan parut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
Cara2 :
Pasta penne direbus dan ditoskan airnya. Tumiskan bawang putih dan cili api dengan minyak zaitun. Bila dah naik bau, masukkan sosej. Masukkan juga tomato puri. Kacau2 sebati. Masukkan juga carot, cendawan dan tomato. Teruskan digaul sebati.
Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. Selepas tu masukkan sardin. Tambahkan air serta garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan semua bahan betul2 sebati. Bolehlah diangkat
Untuk hidangan... taruh pasta penne kedalam pinggan dan letakkan kuah tadi. Lepas tu bolehlah ditaburkan keju parut. Sedia untuk di makan.
p/s : Biasanya guna daging kisar... tp kali ni guna sardin je.... sodap gak!
No comments:
Post a Comment