Breaking

Sunday, August 14, 2011

Mee Goreng Ayam


Smlm masak mee goreng ayam......... taruh perencah sini ckit, sana ckit, campur dengan isi ayam ckit dah siap!!!
Senang je.... !!!

Raya dah makin nk dekat.... lagu raya berdendang-dendang dah.... tp nape aku x rasa apa2 yg best pun. Anak2 je yg sangat teruja. bukan sebab raya, tp sebab dpt duit raya... cehhh!!!!

Berbalik cerita tentang ' mee goreng ayam aku '.....

Bahan2 :

1 paket mee kuning
3 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan isi ayam
2 batang kek ikan
2 bji telur
sedikit sayur kobis
sedikit  carot
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
1 sudu teh pes asam jawa
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya.

Cara2 :

Bawang merah bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Kek ikan dihiris. Kobis dan carot di parut kasar. Tumiskan bahan tumbuk. Bila naik bau dan kekuningan,  masukkan cili giling. Bila dah agak garing, masukkan pula isi ayam.

Masukkan juga sos tiram, kicap, pes asam jawa, dan kiub ayam. Kalau agak2 kering boleh masukkan sedikit air. Bila ayam dah masak, masukkan sayur kobis dan karot. masukkan juga sedikit garam dan gula.

Selepas itu, pecahkan 2 biji telur dan masukkan sekali. Masukkan juga mee kuning. Kacau2 sehingga sebati dan serata. Perasakan dengan garam dan gula.

Boleh juga dipercik2 kan sedikit kicap untuk menggelapkan masakan mee ini. Gaul dengan merata, sudah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...