Breaking

Wednesday, August 17, 2011

Spagheti Sardin Bolognese

Ini je yang aku masak smlm.....  revision dari masakan aku sblm ni. Masa tu aku guna penne, kali ni guna spagheti plak.

Anak bujang aku suka ni ...

Okeylah.... kalau nak tengok  resepi aku yg lama pakai pasta penne boleh klik sini

'Spagheti Sardin Bolognese'

Bahan2 :

1 paket spagheti (500g)
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil sardin - lecek
3 batang sosej - potong kecil
1/2 batang carot - cincang halus
4 biji cendawan dlm tin - hiris dan cincang halus
2 biji tomato - potong kecil2
3 ulas bawang putih - cincang halus
3 biji cili api - cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit oregano
1/4 cawan air
Sedikit keju parmesan parut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya

Cara2 :

Spagheti  direbus dan ditoskan airnya. Tumiskan  bawang putih dan cili api dengan minyak zaitun. Bila dah naik bau, masukkan sosej. Masukkan juga tomato puri. Kacau2 sebati. Masukkan juga  carot, cendawan dan tomato. Teruskan digaul sebati. 



Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. Selepas tu masukkan sardin. Tambahkan air serta garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan semua bahan betul2 sebati. Bolehlah diangkat

Untuk hidangan... taruh spagheti  kedalam pinggan dan letakkan kuah tadi. Lepas tu bolehlah ditaburkan keju parut. Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba..........

p/s : Selalunya orang biasanya guna daging kisar... tp kali ni guna sardin je.... sodap!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...