Masak ajelahhhhhhhhhhh........
'Masak Lemak Cili Api Ayam dengan Rebung'
Bahan2 :
3 keping kepak ayam - potong kecil2
Semangkuk kecil rebung
12 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Masukkan ayam yg telah dipotong kecil2 dan rebung yg telah dibersihkan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.
Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula.
Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : kalau x tahan pedas boleh kurangkan cili api.
No comments:
Post a Comment