Just Klik!

Friday, August 19, 2011

Roti Jala Dengan Kari Daging


Tetiba je rasa nak menjala plak. Bila dah buat roti jala ni..... aku teringat roti jala dan kari daging yg paling sedap pernah aku makan dulu. Dah lama dah.... Sedara ex-husband adik aku buat. Seorang Puan Sri... lupa nama dia... skrg ni pun aku dengar dia dah sakit kena strok. Kalau dah dia tu Puan Sri, dah tentulah laki dia Tan Sri... Tan Sri Ani Arope nama suami dia. Mesti ada yg penah dengar.... Sedap tau roti jala ngan kuah kari dia. Sampai skrg daku dok teringat.....

Aku ni, dah lah tak pandai menjala.....  kuali plak buat hal. Adunan tu macam gam plak kat kuali. Susahnya nak tanggal. Sedangkan itulah resepi yg aku buat dari dulu. Kali ni plak dia buat hal. Tapi dalam dok mengirai dan upe jala aku buruk  je..... anak2 laju je  makan. Sedap! Tersengih aku gelihati...!!!!

Apapun aku letak resepinya kt sini......!

'Roti Jala Dengan kari Daging'

3 cawan  tepung gandum
1 tin susu cair
1 sudu teh serbuk kunyit (boleh ganti dengan pewarna kuning)
2 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya.
Marjerin atau mentega untuk melenser kuali
Acuan roti jala

Cara2 :

Campurkan tepung dengan susu cair, serbuk kunyit, telur, air dan sedikit garam. Kepekatan adunan adalah lebih cair dari adunan buat goreng pisang. Kacau sampai tidak berbiji dan bergentel. Tapis adunan. Bila dah siap, panaskan kuali leper dan lenser dengan marjerin. 

Masukkan adunan kedlm acuan dan tebar adunan kedlm kuali. Buat bulatan dari luar kedalam. Jangan pusing ditempat yg sama dua kali, nanti adunan akan menjadi tebal. Tunggu... bila dah nampak nk masak terbalikkan dan gulung atau lipat. Ulangi proses yang sama sampai habis.

Untuk kari dagingnya... boleh klik sini


Have a nice day! :)

1 comments:

misiCute said...

sedapnya roti jala,dh lama x mkn...my pebret tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...