Just Klik!

Saturday, August 27, 2011

Tat Kurma Coklat


Haaaaaaaaaaaa kuih raya lagi...... ini yg terakhir aku buat  biskut utk raya ni. Lepas ni aku dah cukup sibuk...

Biskut macam tat nenas jugak. Cuma tukar citarasa je sebab aku ni berniaga kurma kat psr ramadan. Jadi xpayah susah2 nk buat jem. Tenyeh je!!!!

Lepas tu letak perisa coklat. Ingat nk buat biskut coklat. Disebabkan masa dah suntuk...... redah jerrrrrrrrrrrr!!!

Jadilah ' Tat kurma Coklat'

750gm tepung gandum
1 ketul mentega
2 biji telur
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula icing
2 sudu besar serbuk coklat
Gula warna warni utk hiasan

Utk inti
Kurma secukupnya di buang biji dan dilecek.
Kalau kurma yg keras tu, celur sebentar baru dilecek.

Cara2 :

Kacau mentega, gula, susu dan telur sampai kembang. Lepas tu masukkan serbuk coklat. Masukkan pula tepung dan kacau sehingga menjadi doh yg lembut dan boleh ditekan.

Tekan dengan acuan semperit memanjang. Letakkan kurma dan gulung kemas. Susun di atas loyang pembakar. taburkan gula warna warni diatasnya utk hiasan.

Bakar didalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkkan sebelum disimpan


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...