Breaking

Sunday, August 7, 2011

Fusilli Carbonara Cendawan


Dah masuk hari ke 7 berpuasa ..... terkejar2 buat itu ini. Satu hari rasa x cukup je. Apapun,,,, alhamdulillah, hidangan untuk keluarga tetap tersedia.

Smlm juadah untuk kami sekeluarga adalah 'Fusilli  Carbonara Cendawan' senang je..... pakai sos dalam tin.

Bahan :
1 paket (500gm) pasta fussili - pasta yg macam spring 
1 tin sos Carbonara Cendawan
2 ulas bawang putih
5 batang sosej
1/2 cawan sayuran campuran dingin beku.
Sedikit air
minyak zaitun secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Pasta fusilli di rebus selama 10 minit. Bila dah lembut, toskan.  Bawang putih di hiris dan potong kecil2. Sosej pun di potong kecil2. Sayuran campuran dibasuh untuk mencairkanya. 

Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan sosej yang telah dipotong kecil. Masukkan sayur campuran. Kacau2. Selepas itu masukkan 1 tin sos carbonara cendawan. 

Kacau lagi. Kalau rasa terlalu kerimg, masullan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula. Bila dah masak bolehlah diangkat dan gaulkan dengan pasta fusilli. 

Sedia untuk dihidangkan. 

p/s : Boleh jugak bila nak makan baru gaulkan sos dengan pasta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...