Just Klik!

Tuesday, August 16, 2011

Sambal Ikan Bilis Dengan Kentang II


Smlm masak lauk ni............Lauk siaran ulangan je!!! Bolehlah.....

N3  terdahulu lauk ni boleh klik sini

'Sambal Ikan Bilis Dengan Kentang' aku yg spesel..... eerrrr ya  ke!!!

Bahan2 :

3 biji kentang
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara2  :

Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Ikan bilis digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. 



Goreng sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...