Just Klik!

Saturday, August 27, 2011

Honey Cornflakes Cookies


Ini kuih raya yg aku buat mlm tadi...... 2 hari dah aku berjaga mlm, siapkan kuih raya. 

Inilah hasilnya.... 

Biskut ni rangup.... bahan2 pun mudah jerrrrrrrrrr!!

Senang plak tu nk buatnye, Gaul je semua sekali dan masukkan dlm paper cup. Buat dua adunan..... dpt banyak !!

Resepi ni dah lama dlam simpanan (resepi dari kawan lama Kak Noriah (Lestari Puchong).... dah biasa buat time raya.

'Honey Cornflakes Cookies'

Bahan2 : 

2 cawan cornflakes
2 cawan nestum
250gm/1ketul mentega
1/2 cawan gula halus
5 sudu besar madu
Mangkuk kertas secukupnya.

Cara2 :

Cornflakes di ramas2 separuh hancur. Mentega di gaul dengan gula sampai kembang. Masukkan madu. Gaul lagi. Masukkan puka nestum dan cornflakes. Digaul sampai sebati. 

Lepas tu bolehlah dimasukkan didalam  mangkuk kertas. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

P/s : Boleh juga dicampurkan dengan buah2an kering atau coklat cip/ball atau apa2 je hiasan. Aku bubuh coklat ball ckit.




Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...