Breaking

Friday, August 5, 2011

Cucur Durian @ Cekodok Durian


Sibuk bebeno semalam pergi Mahkamah Syariah.... siap jadi saksi lg. Ini kes tuntutan nafkah sepencarian adik aku dengan bekas suami dia. Aku cakap je apa yang aku tahu. Yang bengang tu semuanya nak ditanya. Tak ke poneng kepalo den.... mana semua nk ingat, cerita lama. Mintak2 kes ni selesai dengan segera sebab dah lama dah... lebih 3 tahun bicara x selesai jugak.

Menu kelmarin........ cucur durian @ cekodok durian. Senang je buat ni.... almaklum cekodok je. Durian ni  aku tak beli. Adik bawak dari kampung di Bota Kiri Perak. Merasalah makan durian sendiri. Kalau tidak pergi beli  kat dusun lori je. 

Cucur durian @ cekodok durian

Bahan2 :

2 cawan tepung gandum
15 ulas durian
2 sudu makan gula
1/4 sudu teh garam
Air
Minyak masak

Cara2 :

Tepung gandum dibancuh dengan  dengan air, gula dan garam. Adunan pekat sedikit daripada adunan  membuat goreng pisang. Durian di buang biji dan ambil isinya sahaja. Isi dari seulas durian di celup kedalam bancuhan tepung dan digoreng di dalam minyak yg betul2 panas. Buat cara ini sampai habis. bila dah siap bolehlah dihidangkan.

p/s : Pastikan isi durian benar2 disaluti tepung. Kalau tidak isi durian cepat hangus.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...