Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, August 10, 2011

NASI AYAM IPOH



Wakaka!................... jadik jugak nasi ayam kite. Sure terbeliak biji mata adik2 n sedara mara aku kt Ipoh tu tengok aku masak ni!!! Mana idaknya.... aku masak nasi ayam Ipoh, diorang duk  Ipoh pun x tau ada upenya nasi ayam beremejkan Bandaraya Ipoh .. kekeke!!!!

Ini le resepi yang aku dapat dari blog  Nor Azmihah secubit Garam. Terliur nengok nasi ayam terhidang kat blognya. Anak2 pun sibuk nakkan aku masak nasi ayam untuk menu berbuka ni.... Daripada susah2 dok selongkar buku resepi... baik aku try je nasi ayam ni....

Rumusan aku..... memang sedap dan terbaikkkkkkkkk.

Inilah resepinya.......... 'NASI AYAM IPOH' (ubah aturcara ckit - utk mudahkan  aku nengok resepinya)

Bahan utama
1 ekor ayam 

(1) Buat air rebusan ayam dulu
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Cara2 :
Masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

(2) Bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam yg dah direbus tadi
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau xde pun tak pe)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam


Cara2 :
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkok besar. Masukkan halia dan bawang putih yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, bolehlah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

(3) Bahan untuk sambal cili
10/15 biji cili api
6 biji cili merah
sedikit halia (ambil dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis - ambil airnya
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya


Cara2 :
Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur

(4) Bahan untuk sambal kicap
5 biji cili api

sedikit halia (ambil dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)


Cara2 :
Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. Agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

(5) Bahan untuk nasi
4 mug beras

41/2  mug air rebusan ayam 
2 inci halia
3 biji bawang putih
3 helai batang daun bawang (ambil  bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu marjerin


Cara2 :
Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bawang putih dan halia ygm telah ditumbuk lumat. Biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.

(6) Bahan hiasan
Timun, tomato, salad, daun bawang dan daun sup

Cara2 :
Timun, tomato, salad di buat hiasan..... daun bawang dan daun sup bubuh dalam kuah sup.

Itu je... dah siap, bolehlah dihidangkan.


p/s : Lupa pulak nak tag kt cni..... resepi asal dari  Quinnie myr. thanks....!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...