Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, August 8, 2011

Nasi Goreng Daging Berempah


Dah kepalang boring ni.... nak masak apapun dah blurrrrrrrrrrrrr. Yalah, dah seminggu berpuasa dengan udara yang panas ni mengundang rasa tak sihat je. 

Ari ni nak tunjuk menu masakan semlm...... simple jerrrrrrrrrrrrrrr!

'Nasi Goreng Daging Berempah'

Bahan2 :

4 cawan nasi putih
1/2 cawan daging - yg telah dipotong kecil2
1/2 batang karot
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling
1/4 dari 1 ketul kiub ayam/daging
1 sudu teh pes asam jawa
sedikit daun kari
1/4 cawan air 
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih tumbuk lumat. karot dipotong kecil2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan kekuningan. 

Masukkan cili giling, rempah kari daging, pes asam jawa dan sedikit air. Masakkan sehingga agak garing. Masukkan daging, kiub ayam/daging, karot  dan daun kari. Kacau2 sehingga daging empuk. 

Apabila daging dah empuk, masukkan nasi putih. Kacau2 dan perasakan dengan garam dan gula. Bila dah sebati dan di kacau rata, bolehlah diangkat.

p/s :  Nasi ni rasa macam nasi yg dah dicampur dengan kuah kari je... sodap gak!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...