Breaking

Friday, August 26, 2011

Biskut Aiskrim Coklat


Biskut ni permintaan anak2. Al-maklumlah rupanya yg menarik membuat anak2 aku suka. Buat ajelah. Aku buat 2 adunan biskut ni........ 

Anak2 aku ni..... tau ajelah semuanya dok menyibuk nak menolong. So, aku bagilah diorang mengecop adunan kuih ni. Tp...... berkecahlah dapur dikerjakan diorang ni, xpelah... bukannya selalu. Sekejap je, bila dah jemu n mengantuk..... sorang2 masuk tidur. Tinggal aku terkontang-kanting............

Siap bubuh cooking coklat  sekali dalam pukul 2 pagi..... legaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Resepi dari majalah saji 2011

Bahan2 :

130gm mentega
60 gm gula ising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm tepung kastard
1 sudu teh kecil serbuk penaik
1 bji kuning telur - utk sapu atas biskut
Coklat masakan dan manik warna utk hiasan

Cara2 :

Pukul mentega dan gula sampai kembang. Lepas tu campurkan kesemua adunan tepung dan serbuk penaik. Kacau sebati sehingga menjadi doh yg lembut. Canai dan terap dengan acuan aiskrim dan bakar dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

Sejukkan biskut. Selepas tu  Cairkan coklat masakan dan celupkan separuh biskut dengan coklat. Taburkan dengan manik warna warni. Bila coklat dah kering, bolehlah disimpan.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum .. kak, tumpang tnya ... mmg xda guna telur ka ?
# hehe . . sy bdk baru bljr .. :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...